Sunday, 1 February 2015

Kelas Basic Jutawan Di Faizworld Training Centre Bangi

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca setia blog Aishah ye. Alhamdulillah, hari ni hari pertama bulan Februari. Semakin cepat masa berlalu kan? Sebab tu lah pepatah ada mengatakan masa itu emas. Kita tak boleh nak kembalikan masa yang terbuang tu. Jadi isilah masa dengan perkara-perkara faedah.

Hari niAishah nak berkongsi pengalaman ke kelas Basic Jutawan Shaklee di Bangi Selangor.

Actually, kelas ni pada 27 Januari 2015 yang lepas. Kitorang bergerak dari Johor Bahr pada hari yang sama iaitu pukul 4 pagi. Haaa, tu dia punya semangat. Ayam tak berkokok lagi kitorang da gerak ke KL.

Aishah ke sana bersama 3 orang anak bisnes Shaklee, Fyda, Kak Yatie dan Kak Sarena. Naik kereta Fyda. dan husband beliau berbesar hati untuk menjadi driver...hihi



Muka ceria kami berempat...hihi

Pukul 5 pagi kami berhenti di  R n R Pagoh untuk menunaikan solat Subuh. Selepas selesai, kami terus meneruskn perjalanan.

Pukul 8 pagi kami tiba di NIlai, berhenti seketika untuk isi perut yang tengah berkeroncong. Bertuah sangat, sebab Fyda ada bekalkan nasi goeng pedas giler kebabommm untuk kitorang..hihi



Hahahaha! Lapor sangat masa ni. Yang tudung kuning la tu Aishah..hihi

Alhamdulillah sebelum pukul 9 pagi kami selamat tiba di Faizworld Training Centre. 




Ohh, ya sebelum Aishah lupa Faizworld Training Centre ni boleh disewa ye.

"Kalau nak sewa, boleh hubungi
Faizworld Training Centre
D-12-3, Block D
Paragon Point 2, Seksyen 9
Jalan Medan PB5
43650, Bandar Baru Bangi
emel : training_course@faizworld.com
Tel : 03-89289799, 0169219110
Berikan sokongan penuh anda dengan klik LIKE 
Page FB :facebook.com/faizworldtrainingcentre


Sebelum kelas bermula kami sempat berposing di Faizworld Centre u olls. Jom layan gambar-gambar kami..hihi



Dari kiri : Fyda (JB) , Saya (Aishah), Kak Nida (KL) dan Kak Sarena (JB)

Poster PM Cery. Amik aura Jutawan..hihi

Dari kiri : Kak Nida, Fyda, K.Cery, Aishah, Kak Yatie dan Kak Sarena

Yang hadir time ni ada lebih 20 orang dari pelbagai tempat dan negeri. Sanggup tu datang nak timba ilmu dengan Kak Cery. Nak kore rahsia beliau jana pendapatan 6 angka sebulan! Sebulan ye bukan setahun! Gitewww! hihi


Inilah PM Kak Cery tengah bagi talk. Nampak tak tangan tu?
Sekali dier panggg performance masing-masing laju..hahaha


PMT group. Dari KL dan JB
Dapat juga bergambar dengan Kak Cery..hihi
Dalam kelas basic Jutawan ni Kak Cery mention kena betulkan niat untuk berbisnes. Bila niat kita betul jalan untuk berjaya tu mudah. 

Rasa lain macam bila Kak Cery bagi talk. Aura positif membuak-buak macam empangan pecah..hahaha

Kelas habis sekitar pukul 1 tengahari.

Muka gembira dapat sedut aura jutawan

Sebelum balik ke Johor Bahru singgah ke Klebang, Melaka. Nak pekena coconut shake gitewww! hihi

Firsts time Aishah sampai ke sini.

Apa yang Aishah boleh bagitaw coconut shake Klebang ni super awesome! Rasanya memang sedap sangat. Terasa isi kelapa yang manis. 10 bintang! hihi

Selepas kenyang kami meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. Kami sampai di Johor Bahru lebih kurang pukul 9 malam.

Walaupun penat, hati gembira dapat belajar ilmu Jutawan. Terima kasih Kak Cery di atas segala ilmu yang dicurahkan untuk Jutawan Shaklee.

Untuk anda yang mencari training room untuk disewa boleh hubungi nombor di bawah ye.

***** "Kalau nak sewa, boleh hubungi ******
Faizworld Training Centre
D-12-3, Block D
Paragon Point 2, Seksyen 9
Jalan Medan PB5
43650, Bandar Baru Bangi
emel : training_course@faizworld.com
Tel : 03-89289799, 0169219110
Berikan sokongan penuh anda dengan klik LIKE 
Page FB :facebook.com/faizworldtrainingcentre


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE