Thursday, 8 January 2015

Tips Didik Anak Henti Pakai Pampers


Sambil google produk Shaklee terjumpa satu entri yang menarik ini di blog Mama3Heroo. Harap dapat membantu para ibu dan ayah di luar sana ye :)


Lampin pakai buang(pampers) sudah boleh dihentikan pemakaiannya apabila usia

 si kecil mencecah 2-3 tahun ke atas.Pada usia 2 tahun,anda sudah boleh melatih 

anak sedikit demi sedikit untuk ke tandas.Ada cara tertentu untuk melatih anak 

secara berperingkat mengikut usianya.





Bila masa yang sesuai dipraktikkan :


1. Apabila si kecil mula boleh berjalan dan bercakap.Ketika usia 2 tahun ke atas,si 

kecil sudah mula belajar untuk berdikari.Ketika anda sudah boleh melatihnya 

membuang air kecil dan air besar di bilik air.


2. Latih si kecil memberi isyarat atau memberitahu anda apabila ingin membuang

 air kecil atau air besar.Misalnya,'nak shi-shi atau pee' untuk buang air kecil.


3. Untuk permulaan cuba hentikan pemakaian lampin pakai buang pada 2-3 jam

pertama di waktu pagi.Sama ada anda lakukan sendiri atau minta bantuan dari 

penjaganya.


4. Bawa si kecil ke bilik air setiap 5-10 minit sekali.Untuk permulaan anda hanya 

perlu membiasakan dirinya tanpa lampin pakai buang.Jarak masa 5-10 minit 

penting kerana dalam usia ini biasanya si kecil akan kerap kencing.


5. Setelah seminggu ke dua minggu,latih untuk masa yang lebih lama daripada 

biasa.Sentiasa ingatkan atau bertanya sama ada dia ingin ke bilik air atau tidak.


6. Jangan marah atau kecewa apabila si kecil terkencing tanpa sempat 

memberitahu anda.Pada peringkat permulaan,ia adalah perkara biasa kerana si 

kecil belum tahu atau sedar cara mengawal pundi kencingnya.Ia akan menjadi 

kebiasaan lama-kelamaan tetapi mungkin mengambil masa yang lama.


7. Apabila mencecah usia 3 tahun ke atas,si kecil biasanya sudah boleh bercakap 

dengan jelas dan tahu bila masa ingin membuang air kecil.Bagaimanapun anda 

masih perlu mengingatkannya dari semasa ke semasa.Ini kerana anak kecil mudah

terleka terutama apabila sedang bermain.


8. Menjelang usia 4 tahun,si kecil biasanya sudah tidak mempunyai masalah untuk

ke bilik air sendiri.Mereka sudah boleh mengawal pundi kencing.


9. Bagaimanapun ada kanak-kanak pada usia ini masih perlu dipakaikan lampin

 pakai buang ataupun dialas dengan tikar kalis air ketika tidur malam.


10. Pada usia 4 tahun ke atas,anda boleh melatih anak supaya ke tandas terlebih 

dahulu sebelum tidur.Kemudian kejutkan dia dalam tempoh 2 atau 3 jam untuk ke

bilik air.Usaha anda pasti tidak akan mengecewakan apabila si kecil sudah boleh 

bangun sendiri untuk ke bilik air apabila terasa ingin membuang air kecil.


Perkara perlu dielakkan :

1. Memakai lampin pakai buang sehingga melebihi usia 3 tahun ke atas.



2. Memakai lampin pakai buang di waktu malam sehingga usia melebihi 5 tahun



3. Memakai lampin pakai buang setiap kali keluar.



4. Tidak melatih dan menganggap ia boleh terhenti dengan sendiri.

5. Memarahi atau memukul apabila si kecil terkencing tanpa memberitahu.



.
.
.
.
.
.

Aishah Nin
Coordinator on March'15 [3 points]
Call/Sms/WhatsApp : 012-7564158



9 comments:

Mila Hilas said...

nt blh try kat arfan bila dh capai 2 tahun hehehe..nice sharing

AYuNG said...

anak buah sy still pakai pampers bila malam... dah umoq 4 tahun dah...

susah betui...

hehe
=)

eMMe said...

Salam Jumaat Aisyah... Akak ade gak plan dlm tahun ni, twin dah 2 tahun ++ tapi twin akak tak leh ckp btol2 lagi..pelat2.. dan bahasa dowang.. susah tak nak ajar kalo tak petah ckp ni???so, tak try lagi la latih twin tak pakai pampers, tapi twin suke main tanggal2 pampers.. tgh syok main2 kan.. budak2 ni...

Kopiolimauice said...

skrg kos pampers pon dh mkn ratus kn sebulan so mmng perlu la ajar ank dri awal utk free pampers kan..

cheq da said...

Terima kasih atas info..

Rinna said...

Bagus info nie.. untuk ibu2 muda..:)

Najib Ariyan said...

tips untuk ibu dan bapa juga ni... bukan ibu saja...

thanks sharing

aishah nin said...

Welcome semua. yang mana ada anak boleh dipraktikkan ye :)

aishah nin said...

Kak @eMMe : if anak akak pelat lagi boleh cuba bagi Omega Guard untuk perkembangan minda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE