Sunday, 11 January 2015

Ciki Dan Telurnya

Pernahkah anda rasakan pada satu ketika banyak sekali pilihan dan peluang buat duit yang muncul di depan mata?

Bermacam-macam peluang anda nampak. Kawan A buat hartanah meletup-letup, kawan B buat duit dengan emas, kawan C pula kaya raya hasil bisnes online.

Dan anda pula? Kalau boleh nak tau dan nak buat semua. Boleh lah kaya cepat sikit.

Kami ingin kongsikan kisah “fokus pada telur sendiri” hasil perkongsian Tuan Umar Taib ini sebagai pengajaran.

Ciki. Seekor ibu ayam.

Ciki sedang mengeram telurnya yang sebiji.


Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 2 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.

Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 4 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.
Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 6 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.
Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Tiba-tiba Pak Akob datang. Masuk reban dan ambil telur. Untuk dibuat telur dadar, telur mata kerbau, telur separuh masak dan char kuey teow telur dibasuh.

Aduh. Ciki menyesal. Kalau aku duduk mengeram diam-diam kat telur dulu, mesti sempat menetas. Walaupun sebiji.

Pengajarannya, fokus dan buat satu persatu.


6 comments:

Puan Wawa said...

Ys betul tu, kita kena sentiasa fokus..

Sesuatu kejayaan tercapai ble kte fokus..

adianiez AIDA said...

agreed!

PeRdU cINta said...

Sabar..fokus dan teruskan usaha..

Cik Yaya said...

as'salam...
btl...dan utk mmbuat ssuatu jga mmrlukan masa sblm mbuat ssuatu kptsn.. ^_^

tiga lalat said...

Salam. Hee telor sendiri juga.

Ibu Lala said...

Dulu masa kat kg ada la bela ayam. Ddk bandar ni kat mananya nak bela ayam. Beli ayam aje la. Hi hi hi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE