Thursday, 8 January 2015

Sembahyang Sunat Sebelum Subuh

Sembahyang sunat ini dilakukan selepas azan Subuh, sebelum dilakukan sembahyang fardhu Subuh.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”: Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh..” (Riwayat Muslim).

Dan pada riwayat lain disebutkan : Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh .(HR Muslim & Bukhari)
Qadha (ganti) Sembahyang Sunat Subuh
Bagi orang yang tidak sempat mengerjakan solah rawatib dua rakaat sebelum Subuh, mereka boleh mengerjakannya samada sejurus selepas selesai solah Subuh (mazhab Syafie) atau setelah matahari terbit (3 mazhab yang lain).
Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda :“Sesiapa yang tidak sempat mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah dia mengerjakannya setelah matahari terbit.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)
Dari Qais bin Qahd r.a., bahawasanya dia pernah mengerjakan solat Subuh bersama Rasulullah s.a.w., sedangkan dia belum mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelumnya. Setelah beliau mengucapkan salam, dia pun mengucapkan salam bersama beliau s.a.w.. Selanjutnya, dia mengerjakan solat rawatib Subuh dua rakaat, sedang Rasulullah s.a.w. melihatnya, tetapi beliau s.a.w. tidak melarang-nya dari melakukan hal tersebut.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
.
.
.
.
.
.

Aishah Nin
Coordinator on March'15 [3 points]
Call/Sms/WhatsApp : 012-7564158

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE