Sunday, 7 December 2014

Projek Tabung Subuh

Apa khabar semua. Hari ni Aishah nak berkongsi dengan anda semua tentang "Tabung Subuh". Mungkin korang pernah dengar atau baca etri ini di mana-mana. So, Aishah nak refresh kembali.

Actually, Aishah pun baru tahu mengenai "Tabung Subuh" ni. Insyaallah entri ini dapat membantu kita menjadi insan yang lebih pemurah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
Bagi saya, ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb, whatsapp.

Sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

Saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.

Oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

Oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

Sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.

Pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

Tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

Seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya.

Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

Seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA?...mudah sekali

Pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

Setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan.

Seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita.

Credit to : Kak Sharifah Fazilah

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Inilah Tabung Subuh Aishah..hihi

Alhamdulillah, Aishah da mulakan Projek Tabung Subuh ini hampir seminggu. Semoga Aishah terus diberikan sifat istiqamah untuk melakukan kebaikan.

Da niat sendiri, untuk dermakan hasil dari Projek Tabung Subuh ini untuk rumah anak-anak yatim di hadapan taman perumahan rumah Aishah.

Semoga amalan ini diterima oleh Allah swt.

Jom kawan-kawan kita buat "Tabung Subuh"...hihi

Haa, bekas "Tabung Subuh" tu Aishah gunakan tong ESP. Recycle je...hihi





25 comments:

PeRdU cINta said...

InsyaAllah PC pun nak amalkan juga..terima kasih kerana berkongsi manfaat..moga tabung subuh ini memberi manfaat berpanjangan untuk kita semua..amin..

aishah nin said...

Ameen, Insyaallah :)

nasa mulia said...

amalan baik perlu di teruskan dan diperkenalkan kpd semua masyarakat...bagus untuk aktiviti seisi keluarga...

Etuza Etuza said...

http://madey09.blogspot.com/ salam singgah dan follow blog lawa ini, suka sama-sama follow ya..klik blog Etuza url blog anda dalam senerai 20 Blogwalking Etuza hari ini..

Cikna said...

InsyaAllah nak buat jgk la, atleast kita tau ke mana perginya sedekah kita....;-)

Cik Yaya said...

as'salam..
SubhanAllah..
rezki Allah itu mmg luas kan =)
yaya nak buat juga la..InsyaAllah..
trima ksh kongsi ^_^ moga kita dpt mnfaat bsama =)

Kopiolimauice said...

cadangan yg bagus ;p tak tepikir lak nk wat cara ni punya la senang kan...

MaMa Rey said...

assalam aishah..terima kasih sudi bertandang ke blog saya..

InsyaAllah cuba buat idea ini..tq berkongsi..

aishah nin said...

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Terima kasih semua kerana sudi singgah dan baca blog Aishah :)

Najib Ariyan said...

ohhhh saya suka amalan ni... mulai dari sekarang saya akan buat mende ni juga...

zila norazila said...

perkongsian yg bermunafaat..insyaallah akk nak buat jgk lah..

zila norazila said...
This comment has been removed by the author.
aishah nin said...

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke 10 projek tabung Subuh saya. Apa yang saya perasan sejak mulakan projek ni ada je rezeki saya.

Setiap hari ada orang membeli suplemen saya even 1 botol. Syukur, alhamdulillah.

Semoga kita istiqamah :)

Jari Manis said...

Ahaa..sis JM pernah dgr pasal tabung subuh ni dari blog Kak Yon..in sha Allah sedang di amalkan..

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga smua dpermudahkan ya kak..aamiin..

paridah said...

assalam...tq perkongsiannya...tips beramal ibadah n memurah rezki juga.

salmiah awang said...

baru bagi saya ni,tak pernah praktik lagi.

Kayu Manis said...

insha Allah knor akn buat juga.. terima kasih ats perkongsian ini.. hnya Allah saja dpt bls...
perkara yg baik apa salahnyakn..
bkn susah pun nk dgn tk nak... kalau kita berniat nk buat Allah dh bgi Pahala.. apa2 pun kita percaya bahawa rezeki dtg drp Allah swt.

sud@is said...

Jom buat tabung, isi tabung, sedekah tabung

Fifi Nadhrah said...

fifi nak buat juga.. cuma tak mula lagi.. moge cepat la fifi buat projek tabung subuh ni..

Aina Amina said...

tq aisyah for sharing..baru tahu sebenarnya..mohon share..projek tabung subuh gak

Time Traveller said...

Tq sebab kongsi tips yg amat berguna ini :D

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Follower #151.

anamizu said...

wahh ini bagus ni. ana nk mulakan jugakla tabung sedekah subuh cmni :)

Cetusan Minda said...

alhamdulillah , rezeki saya dapat baca entry ni ... insha Allah akan amalkan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE