Sunday, 14 December 2014

Kelebihan Membaca Al-Quran dan Berzikir


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.


Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi 
syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang 
kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para 
syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, 
sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w 
berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: 
Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada 
Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah 
hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang 
menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul 
di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak 
meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. 
telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di 
hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati 
suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang 
kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku 
pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang 
lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, 
berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku 
yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa 
gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, 
maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang 
membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, 
majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, 
dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung 
dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir 
kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan 
iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang 
merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan 
berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan 
penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

Semoga entri ini memberi manfaat kepada kita semua.






2 comments:

Najib Ariyan said...

alhamdullilah... terima kasih atas nasihat nya...

kenapa kotak entry ni terlalu besar sampaikan entry ni panjang betul ke tepi kanan...

Khai♥Rin : anies said...

terima kasih berkongsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE