Thursday, 6 November 2014

Adakah Selamat Untuk Makan Vitamin Tamat Tempoh?

Jawapannya cukup mudah!

SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum dariapda penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akn kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pd badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yg terbaik adalah buang dan beli baru.



Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?

Seperti yg diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?

Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yg terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapanterbentuk dalam botol. Sebenarnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2 tahun melainkan makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lagi kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh.

Info ini Aishah dapat dari SINI








4 comments:

Farrah MF said...

Great share! Akak baru tahu :)

Zaitun said...

Salam...terima kasih kongsi info.

washura10 said...

Dpt lg 1 ilmu arini..:)

ros_reeza said...

baru tahu tentang ni. tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE