Thursday, 9 October 2014

Shaklee Ajar Kutip Saham Akhirat!

Assalamualaikum wbt buat semua. Mesti korang merindui entri terbaru Aishah kan? hihi

Malam ni Aishah nak berkongsi betapa indah dan manisnya sejak Aishah join business Shaklee ni. Lagi-lagi bila berada di bawah payung Mamafaiz dan Jutawan (Under Kak Cery- Nanny Shaklee) juga Project Millionare Team (Under Fai - Mummy Shaklee)

Apa yang Aishah nak highlightkan di sini, bukan semata-mata untuk kejar sales tetapi hati lebih tenang bila berada di bawah 2 group yang cukup hebat ini! Duniawi dan akhirat seiring, sejalan melangkah. Ewaahhh!!!

Mula-mula join Shaklee ni Aishah agak pelik kenapa mereka-mereka yang hebat ini sering mengingatkan untuk menjemput rezeki! Pelik kan? Selalu kita biasa mendengar cari rezeke? Ye idak?

Ini lah yang istimewa di bawah group kami!

Sideline Aishah selalu pesan, Aishah jangan lupa buat segala amalan-amalan menjemput rezeki tu. Jangan cari rezeki, penant nanti. Mula-mula macam blur tapi lama-kelamaan baru faham..hihi

Antara amalan menjemput rezeki ialah :

1. Solat di awal waktu



>> Yang ni memang memberi impak yang besar dalam kehidupan Aishah. Sebelum join Shaklee ni Aishah solat pun hujung-hujung waktu je. Tapi start join Shaklee upline selalu ingatkan solat di awal watu. Jaga hubungan kita dengan Pencipta, Insyaallah DIA jaga kita untuk semua hal.

Memang tersentuh hati bila ada orang sentiasa ingatkan kita. Sebab kita sebagai manusia mudah lupa.

2. Zikir


Senang je sekarang ni kan da ada counter clock yang ada numbering tu lebih mudah nak berzikir. 

3. Baca Al-Quran dan tafsiran ( 1 muka surat sehari pun da ok)


>> Alhamdulillah, sekarang ni lepas solat fardhu subuh Aishah akan luangkan untuk membaca 2 muka surat Al-Quran dan tafsirannya. Dulu, memang tak ada buat pun. Dan rasanya da lama tak baca Al-Quran. Sebab tu Aishah bersyukur sangat diketemukan dengan Shaklee lebih-lebih lagi Group Jutawan. Group ni banyak mengajar ajar untuk dekat dan lebih kenal Pencipta. Sebak ;(

*** Satu tips Aishah ingin kongsi, jika anda mengalami masalah, hati tak tenteram, gundah-gulana, jiwa kacau bacalah Al-Quran dan tafsirannya sekali. Tak kisah mana-mana ayat pun. Percayalah di situ anda akan bertemu ketenangan.

4. Solat Sunat Dhuha



>> Sejujurnya, solat sunat dhuha ni last Aishah buat masa sekolah agama. Tu pun 10 tahun yang lepas. Tak pernah terfikir pun kebaikan bua solat sunat ni. Tapi bagi para usahawan dan jutawan Solat Sunat Dhua ni salah satu amalan untuk menjemput rezeki. So, rugi siapa yang tak buat. Bukan untuk orang yang berbisness sahaja tapi untuk mereka yang sering tak cukup duit tu. Cubalah amalkan dengan konsisten :)

5. Solat Sunat Tahajud



>> Solat sunat tahajud pun Aishah tak pernah buat pun! Memang tidur je la sepanjang malam. Tapi sejak join Shaklee solat sunat ni memang bagi impak yang sangat hebat. Bila doa sunguh-sungguh minta apa yang kita nak Insyaallah dipermudahkan. Tapi kena konsisten la ye.

Actually, banyak lagi amalan-amalan menjemput rezeki yang boleh diamalkan tapi Aishah berkongsi dengan anda semua 5 amalan ajaib yang memberi kesan hebat dalam kehidupan seharian Aishah.

Sesungguhnya, Aishah tak menyesal kerana tersungkur dalam bisnes Shaklee kerana group yang Aishah join sangat hebat. Banyak mengubah diri Aishah ke arah kebaikan.

Alhamdulillah!



5 comments:

Violet Sofia said...

Alhamdulillah... dan entry ni, sebenarnya, sejujurnya memberi suatu 'kesan' yang ajaib pada Sofia malam ni. Thanks Aishah sebab share entry yang sangat bermanfaat macam ni. Sebak baca entry ni. Huhu... Really appreciate.

aishah nin said...

Semoga memberi manfaat ye Sofia :)

mama ka0ri said...

Alhamdulillah..

Mann 07 said...

Peringatan yang berguna..

Gee Lion said...

As salam cik Aishah,
Membalas kunjungan dari Diari Dandelion.

Apa yg cik Aishah cerita di atas memang sebiji apa yg dikerjakan oleh kawan saya yang dah mula berkecimpung dlm dunia shaklee.. saya membeli dari dia. nampak perubahan pd sikap dia yg makin tenang & matang. shaklee bukan saja memberi kesihatan fizikal tapi juga mental & rohani.. cewah.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE