Thursday, 23 October 2014

Aku Pencinta Minuman Soya Protein (ESP)!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat anda yang sudi menjengah dan baca entri di blog Aishah. Tanpa anda semua siapa lah saya kan...hihi

Hari ni Aishah nak berkongsi dengan anda minuman protein yang menjadi kegilaan Aishah. Sehari tak minum ESP ni rasanya macam tidur tak lena, mandi tak basah! hahaha

Kebiasaannya, Aishah akan bancuh ESP sebelum sarapan. Minum waktu perut betol-betol kosong. Bila kita minum protein perut kosong kadar penyerapannya di bawah tahap optimum.

Jika terlupa @ tak sempat Aishah akan minum ESP sebelum tidur. Janji dalam sehari tu wajib minum la. If lupa dan da nak tidur sanggup turun katil bancuh ESP ni! Betapa kemaruk nya dengan ESP ni! 




Perubahan yang ketara Aishah nampak bila konsisten minum ESP ni tona kulit lebih sekata lagi-lagi di bahagian tangan. Ini lah yang best sebab sebelum ni tangan dan lengan memang nampak beza. Tona kulit tak sekata..hihi

Sejujurnya, Aishah memang tak ada masalah kulit jerawat tetapi masalah nya ialah KULIT WAJAH Aishah sangat kusam. Kalau tengok macam tak berseri la. Itu yang meluat bila tengok muka sendiri kat cermin.

Alhamdulillah, sejak konsisten minum ESP hampir 2 tahun yang lepas sehingga hari ni ramai kawan-kawan yang mula menegur tentang perubahan kulit Aishah. Diorang cakap kulit semakin putih, berseri-seri. Rasa malu Kak Ton bila orang puji macam ni kan..ngeee


Aishah yang berspek mata dan bertudung pink...hihi
Yang sebelah tu adik..
ESP UNTUK AWET MUDA??


ESP satu-satunya produk yang mengandungi 9 Asid Amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah KUNCI kepada Awet Muda.

Jangan tak percaya bila strangers kadang-kadang bagitahu yang Aishah umur 14 tahun. Walhal umur da layak kawin pun...hahahaha


Agak-agak korang la kan bila Shaklee announce ESP BUY 6 FREE 1 apa yang korang akan buat jika korang peminum tegar ESP? Mesti lah korang berdesup terus order kan? 

Memang berdesup Aishah order untuk buat stok sendiri! Nak AWET MUDA katakan...hihi

Sebelum masuk tidur ni, Aishah nak bancuh ESP. Nak feling2 macam ratu cantik....hahaha












2 comments:

Khai♥Rin : anies said...

rebut...jgn tak rebuttt ;-)

Khai♥Rin : anies said...

menjawab pertanyaan:pakej fotografi tu kalu nk buat kt johor, kn inform tuannya awal2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE