Wednesday, 15 October 2014

Cara Solat Sunat Tahajud Yang Mudah Dan Ringkas

Tahajud
Solat sunat tahajjud

Dari segi bahasa solat sunat tahajjud ialah meninggalkan tidur.

Dari segi syarak pula ialah sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam.

Dalil solat sunat tahajjud

  • Firman Allah taala dalam surah al-Isra':79
  • Sabda rasulullah
sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam. (riwayat Muslim)
WAKTU MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD
  • Dilakukan selepas solat Isyak sehingga terbit fajar, tetapi waktu afdal ialah 1/3 malam yang terakhir.
CARA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD  

1. Niat Lafaz niat ialah

أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala.

2. Sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam atau beberapa rakaat mengikut kemampuan sama ada bersendirian atau berjemaah.

3. Pada rakaat Pertama Baca:
 Al-fatihah & Al-Kafirun atau mana-mana surah. 

4. Pada rakaat kedua baca:
 Al-Fatihah dan Al-ikhlas atau mana-mana surah 

5. Membaca doa tahajjud selepas salam

Tahajud
Doa selepas solat sunat tahajud


HIKMAH / KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD
  • Mendapat pengawasan dan peliharaan Allah
  • Mudah melalui hisab dan titian sirat
  • Menerima buku catatan dengan tangan kanan
  • Allah mudahkan urusan hidup
  • Berwajah berseri-seri ketika di padang mahsyar
  • Doa dimakbulkan
 Info di sini --> http://www.adibsite.com/2013/06/cara-panduan-solat-sunat-tahajjud.html#ixzz3GDyFn7dI


7 comments:

hainom OKje said...

Terima kasih berkongsi ilmu ni Aishah.....sangat bermanfaat, boleh dibuat rujukan

LYAfrina said...

tq for sharing...
ilmu akhirat

AMIIZAA said...

salams sha,

TQ ya...alhamdullilah panjang pahala bila share ilmu

aishah nin said...

@hainom OKje : sama-sama dear

@LYAfrina : Semoha kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ni. Ameen

@AMIIZA : Waalaikumusalam wbt dear. Welcome :)

Fiza Rahman said...

Thanks for the info. Good sharing. Dah save ☺

aishah nin said...

@Fiza Rahman : Welcome dear :)

Cikna said...

Tq & nice sharing, insyaAllah b'manfaat utk semua...;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE