Sunday, 14 September 2014

Resepi Melty Hersheys Mealshakes

Assalamualaikum wbt ibu-ibu yang comel semua!

Hari ni Aishah nak berkongsi resepi Melty Hersheys Melshakes. Pasti si manja sangat suka. Iyelah kanak-kana ni kalau minum Mealshakes begitu saja bosan pulak.

So, kita kasi tukar angin. Cuba resepi ni. Nampak warna-warni dan pasti menambat hati anak-anak..hihi

Resepi ini Aishah ambil dari blog Mummy Zihan :)

RESEPI BASE
Saya guna resepi 1..guna apa je yang ada kat rumah..kalau ade kek2 lebih tak habis makan pon boleh guna..tak baik membazir..:)

Resepi base (1)

150 gm Graham crackers (kalau takde gantikan dengan biskut marie) ~crushed

30 gm almond flakes/oats/dorset cereal
90 gm mentega/butter ~ cairkan

1. Campurkan biskut , kekacang dan oats
2. Tambahkan mentega tyang telah dicairkan dan gaul rata
3. Letakkan di dalam bekas sebgai base.

Resepi base (2)

Kek span coklat/vanilla
Air nescafe atau jsu lemon

1. Letakkan kek dalam bekas sebagai dasar
2. Dengan menggunakan brush, sapukan air nescafe atau jus lemon untuk melembapkan kek.

RESEPI FILLING


Boleh juga gunakan filling yang dah siap dijual di kedai seperti blueberry, strawberry, kiwi, orange, butterscoth atau chocolate syrup.

Saya buat sendiri chocolate ganache..ini resepinya..

Resepi Ganache Coklat


150 gm krim tenusu ~ whipping cream
15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
250 gm coklat gelap ~ hiris halus
10 gm butter
1 sudu teh orange suncquick atau 1 sudu teh pes hazelnut

1. Didihkan krim dan sirap glukos.
2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
3. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
4. Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut
5. Kacau hingga adunan licin dan berkilat
6. Biarkan sejuk dan sediakn digunakan.

RESEPI CHEESE




250g cream cheese ~ suhu bilik
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula
1 sudu teh jus lemon
2sudu mealshakes

1. Dalam bekas pemutar, putar cream cheese dan gula hingga lembut dan gebu
masukkan yogurt  dan mealshakes dan putar lagi.
2. Dalam bekas berasingan putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
3. Kaup balik adunan whippping cream ke dalam adunan cheese
4. Tambahkan perahan jus lemon dan gaul sempurna.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag


Cara-caranya :

1. Sediakan cawan atau bekas kaca kecil
2. Pilih mana-mana satu bahagian dasar di atas
3. Tuangkan adunan cheese ke dalam piping bag
4. Paipkan dalam bekas tadi
5. Anda boleh selang selikan dengan oreo, biskut marie, kek, lady finger, cip coklat, parutan coklat masakan, filling pilihan dan lain-lain yang dirasakn bersesuaian
6. Hiaskan atasnya dengan taburan buah-buahan, parutan keju, parutan cokat atau apa-apa sahaja perhiasan yang anda suka.
7. Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

Tadaaaa!!! Ini lah dia! Melty sungguh! Selamat mencuba ibu-ibu yang comel :)




Sharing is caring :)



6 comments:

Hana Syed said...

dtg skodeng resepi

aishah nin said...

Bole kak.Skodeng je..hihihi

Ms Haslina said...

sedapnya...

Aneez Jaafar said...

macam sedap je.. kene cari masa la nak buat pun.. haaaa

Jueliza Jamani said...

nyum2.. sedapnya.. tq follow saya.. saya follow balik. #88

anajingga said...

wah sedapnya, nampak mewah sangat desert ni..tq kongsi resepi, Aishah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE