Sunday, 21 September 2014

Kem Mahkota Kluang

Sambungan untuk entri semalam...

Pada pagi 13hb kitorang bangun pukul 4 pagi. Iyelah ada 4 orang yang nak mandi. Nak tunggu turn mandi lagi..hihi

Interview pukul 7 pagi. So adik Aishah perlu ada di kem Mahkota sebelum pukul 7 pagi. Pukul 6.30 pagi kitorang terus keluar dari hotel. Memang tak sempat untuk sarapan. Samapi di kem tu lebih kurang pukul 6.45 pagi. Nasib baik semalam da survey tempat so memang senang sangat.

Sampai di kem semua ibu bapa dan pelatih perlu tunggu sehingga pukul 7.30 pagi untuk masuk ke kem. Masing-masing tunggu dalam kereta. Diorang ni datang dari seluruh tempat. Ada yang dari Muar, Batu Pahat, KL. Kelantan pun ada. 

Lokasi untuk pelatih diinterview agak jauh. Masuk je ke dalam kem hampir setangah jam unttuk sampai ke lokasi tersebut. Sangat besar dan luas Kem Mahkota ni. If jalan kaki, jenuh dik oiii!

Sampai sahaja di tempat yang nak diinterview apalagi, Aishah sempat selfie lagi...hihi



Sampai sahaja di kem ni, para pelatih diberi taklimat dan ibu bapa tidak dibenarkan berada di kem ketika sesi ujian ketahanan mental dan fizikal untuk memberi komitmen kepada pelatih. Dan penjaga hanya dibenarkan untuk datang semula pada pukul 5 petang.

Kitorang pun bergerak balik ke hotel. Mak ayah pun nak selfie jugak..hihi


Ayah dan bunda terchenta

Sampai di hotel kitorang terus sarapan. Sarapan kat hotel ni memang sangat sedap! Memang Aishah bagi 5 bintang! Mak ayah makan pun tak toleh kiri kanan. Macam-macam ada! Nasi lemak, mi hoon goreng, sandwhich, roti canai, kuih-muih, keropok. Memang sangat kenyang! hihi

Picture pun tak sempat snap sebab lapar tahap agung sangat! hihihi. Sementara nak tunggu pukul 5 kitorang lepak-lepak kat hotel.

Selesai interview, pukul 6 kami sekelurga terus bergerak balik ke Johor Bahru. Alhamdulillah kami sampai pada pukul 7 malam.

Kitorang tak stay lama sebab Ahad negeri Johor bekerja...hihi

So, sesiapa yang baru pertama kali nak pergi ke Kluang jangan risau. Insyaallah korang tak kan sesat. Boleh gunakan waze. Makanan dan barang sangat murah.

Terima kasih daun keladi sebab sudi baca blog Aishah ini :)






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE