Saturday, 20 September 2014

Jalan-jalan Kluang

Baru berkesempatan nak update blog...hihi.. Actually, Aishah, emak, ayah dan adik pergi ke Kluang pada 12-13hb yang lalu. Kitorang ke Kluang kerana menghantar adik lelaki Aishah yang berjaya terpilih untuk pemilihan terakhir tentera darat di Kem Mahkota, Kluang.

Aishah jenis suka planning awal if nak berjalan jauh even tak jauh la sangat Kluang tu kan dari Johor Bahru dalam 1 jam gitu. Seminggu sebelum nak ke Kluang Aishah da survey gotel kat Agoda.com. Memang banyak pilihan hotel di Kluang. Asal kan fulus nya ada...hihi

Survey punya survey Aishah pilih Hotel Extreme Bonquet (Nigeria Inn Hotel). Terus kol hotel ni untuk booking. Takut penuh sebab time kitorang pergi cuti sekolah pun da start. Kang tak pasal-pasal tidur dalam kereta...hihi

Aishah booking untuk 1 malam untuk Family Superior Room. Rate untuk 1 malam lebih kurang RM165++ beserta sarapan untuk 4 orang.

Kitorang bertolak dari Johor Bahru selepas solat Jumaat. Lebih kurang pukul 2 macam tu. Dan sampai ke Kluang lebih kurang pukul 4 petang. Keadaan highway ketika itu banyak kenderaan so memang jadi pemandu berhemah sangat ;)

Actually, ini kali ke dua Aishah jejak kan kaki ke Kluang. First time pergi masa my mummy Shaklee kawen. Tu pun 2-3 tahun yang lepas. 

Lepas je Tol Ayer Hitam bermula lah pencarian lokasi hotel. Mak, ayah dan adik jadi encik waze...hihi. Perhatikan kiri dan kanan untuk cari hotel. Hotel tu terletak di Taman Intan. Memang dekat sangat dengan jalan besar.

Hotelnya pun terletak di tepi jalan dan bersebelahan dengan Shell. Boleh dikatakan hotel ni strategik la. Dan untuk ke Bandar Kluang ambil masa 5-7 minit. memnag dekat sangat.

Lepas check in dan solat Asar, kitorang terus keluar menuju ke bandar untuk isi perut. Sambil tu kitorang nak cari Kem Mahkota, so esoknya tak adalah kelam kabut sebab interview nya pukul 7 pagi.

Sempat la singgah ke Kluang Mall. First time jejak kan kaki kat mall ni.. Jakun pun ada..hihi

Dengan bunda terchenta

Kami juga sempat singgah ke Pasaraya Sakan. Nak tahu tak? Kitorang pertama kali masuk ke Pasaraya Sakan ni. Sebab kat Jb yang ada pun kat Kota Tinggi. Tu pun tak pernah pergi.. Aiseeyyy! hihi

Barang dalam Sakan ni rupanya murah-murah sangat. Baju sehelai RM10. Mana nak cari kan?? Seluar jeans pun ta sampai RM20. Memang tempat perabiskan duit je la...hihi

Pilih! Pilih! Murah-murah ni..hihi
So, memang happening juga bandar Kluang ni.. Kitorang singgah untuk makan pun di area-area Pasaraya Sakan. Perut memang sangat lapar! 

Kitorang order ikan siakap masak 3 rasa, tomyam campur, sayur kailan ikan masin, telur dadar, sup ayam dan 4 jenis air. Total dalam RM60++ 

Selesai makan kitorang pun balik hotel dan solat Maghrib. Selepas rehat-rehatkan badan sambil tengok tv then solat Isyak dan tidur. Esok nak bangun pagi!

Next entri Aishah akan stori pengalaman masuk ke Kem Mahkota. Thanks ye sebab sudi singgah blog Aishah :)


2 comments:

atie lazis said...

Aishah oii..

Kesiannya baru jumpa kedai sakan ni..kt p.gudang ni ada banyak gak rasenya..salah satu kt Masai.

Dulu memula aku kawen, memang borong sakan la..karpet, toto, selimut, tikar sume aku borong situ bile family nak datang..hehe

aishah nin said...

Hahahaha! Kesian kann! Adeehhh! Rumah dekat dengan Jusco! Acaner tu? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE