Tuesday, 30 September 2014

Cara Sujud Syukur Yang Mudah, Tepat dan Betul

Sujud syukur ini sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT. Dan ia adalah sunat.
sujud
Saya kongsikan cara sujud syukur yang tepat dan betul.
1. Duduk
2. Niat
“Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
3. Takbiratul ihram
Angkat tangan seperti kita dalam solat
4. Satu kali sujud
5. Bacalah doa yang sentiasa dibaca semasa sujud. Atau nyatakan apa yang kita syukuri itu dan minta apa yang kita inginkan seterusnya.
Boleh juga membaca doa di bawah ini.
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
6. Salam kanan dan kiri seperti dalam solat
Sebutlah “assalamualaikum warahmatullah”
--> Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Untuk sujud syukur TIDAK PERLU :
1. BERWUDUK kerana dilakukan di luar waktu solat
2. MEMBACA AL – FATIHAH atau apa2 rukun solat yg selain daripada NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM
Aishah kongsikan info ini daripada http://thelivelovela.blogspot.com/2013/02/cara-cara-sujud-syukur-dengan-betul.html
Nota tambahan:
1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.
2. Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Marilah kita sama-sama mengamalkan sujud syukur apabila diberi nikmat oleh Allah. 
Setiap hari pasti ada nikmat yang Allah salurkan kepada kita.


2 comments:

mama ka0ri said...

Alhamdulillah...

At-Tarmizi said...

Salam singgah...

done follow your cool blog..sudi-sudilah follow blog saya pula ya =)

http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE