Saturday, 9 August 2014

Kuey Teow Goreng Kerang Menyengat!!!

Malam tadi menerima kunjungan raya dari kawan pejabat dan sideline Shaklee. So, Aishah dan emak plan buat Kuey Teow Goreng Kerang Menyegat!!! Nama masakan pun da rasa macam gangster kan? Tu belum makan lagi...hihi

Bahan-bahan 

  • Kuey teow goreng (1 paket)
  • Bawang putih 5 ulas (ditumbuk)
  • Cili kering - jenis pedas (dikisar)
  • Bawang besar (dikisar)
  • Kerang (2 kilo)
  • Sawi 
  • Taugeh
  • Minyak untuk menggoreng (1 senduk)
  • Kicap Manis Jalen (2 senduk)
  • Air ( 1 cawan)
  • Telur (2biji)
  • Garam
  • Bawang goreng (untuk hiasan)
Cara memasak

1. Goreng bawah putih yang ditumbuk sehingga kekuningan. 

Lagi banyak bawang putih lagi syookkk! Wangi n sure keluar angin atas bawah..hihi

2. Selepas bawang yang ditumbuk tadi kekuningan masukkan bahan kisar. Dan goreng sehinga garing ya. If tak garing, sakit perut itu adalah tanggungjawab sendiri...hihi.. Selepas itu, masukkan telur 2 biji.

Time tumis lada kisar ni pun da bau wangi je. Effect goreng bawah putih..hihi

3. Selepas masukkan telur dan kerang masukkan 1 cawan air dan didihkan.

Aishah suka letak kerang banyak-banyak baru puas makan...hihi
4. Selepas itu boleh terus masukkan 1 paket kuey teow, sawi dan taugeh ke dalam kuali. Gaul dan ratakan. Semasa gaul kuey teow tu masukkan 2 senduk kicap dan garam secukup rasa. Gaul kan lagi supaya sebati.

5. Sedia untuk dinikmati! Yummmyyy!!!

Memang thorbaik! Pedas dan menyengat!
Sangat mudah dan ringkas resepi ni kan. Selamat mencuba ye :)











9 comments:

The Modest Ustaz said...

Salam... Follow sni ..jmput ke http://themodestustaz.blogspot.com/

mama amir said...

Wow...ni kalau panas2 makan sedap ni

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

aishah nin said...

mama amir : memang pun! lagi pedas! memang berpeluh-peluh makan...hihi

aishah nin said...

Normi Nieza : bole la cuba :)

Hana Syed said...

bahan bawah besar tu pe plak?? hihi

aishah nin said...

adoyaiii kak hana!!! typo la pulaksss! hihi

Cik Nadyya said...

pehhh nampak sedap! jadi lapar pulak >.<

cahaya nur said...

cik nur follow sini...
terliur dibuatnya tengok kuey teow tue..hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE