Saturday, 16 August 2014

KENAPA SAYA TIDAK BOIKOT SHAKLEE?

Bumi Palestin dihujani peluru Zionis. Malaysia pula dihujani fitnah dari umat akhir zaman. Entri ini Aishah tulis kerana ramai sangat yang menyebarkan fitnah yang belum benar kesahihannya.

Shaklee mendapat perhatian penuh dari warrior keyboard yang tak bertanggungjawab. Hanya berani klik button share tanpa bukti yang kukuh. Mereka menuduh Shaklee menyumbang kepada Israel. CEO Shaklee, Roger Barnet pula dituduh menyalurkan dana kepada kepada Israel. Buktinya?

Benar! Mr. Roger beliau memang seorang Yahudi. Tidak semua bangsa Yahudi jahat. Yahudi dan Zionis adalah dua entiti yg berbeza. Sepatutnya, zionislah yg patut kita benci. Dan Aqsa Syarif pernah keluarkan kenyataan bahawa kita akan boikot mana-mana Syarikat yang mempunyai bukti yg kukuh bahawa mereka ini telah menyumbang kepada Zionis Israel termasuklah sekiranya syarikat itu syarikat org Islam sekalipun. Sedangkan Shaklee telah menafikan bahawa syarikat ini tidak terlibat.

Saya share senarai syarikat yang terang-terangan mengeluarkan dana untuk Israel. Boikot atau tidak, terpulang kepada penilaian individu. Senarai ini saya peroleh dari laman web Aqsa Syarif. 

Berikutan isu terkini yang mengatakan Shaklee produk US -> US itu Yahudi - semua orang kena boikot produk Yahudi - suka saya ingatkan bahawa Nabi Muhammad SAW sama sekali tidak pernah melarang kita bermuamalat dengan Yahudi selagi ianya patuh syariah.

Selebihnya, saya mohon kita semua sama-sama kaji sebelum menekan sebarang butang 'share'. Kita tak tahu 'saham' apakah yang bakal kita dapat hasil dari menyebarkan info yang tidak benar.



Syarikat yang teran-terangan menyalurkan dana ke Israel


KENAPA SAYA TIDAK BOIKOT SHAKLEE?


SANDARAN YANG PERTAMA
Saya berasandarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.

Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

SANDARAN YANG KEDUA
Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi, tapi produk Israel atau yg menyumbang pd Israel.

"Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya."

http://www.sinarharian.com.my/semasa/boikot-produk-israel-bukan-produk-yahudi-1.299245

Boleh juga baca:
http://drmaza.com/home/?p=1818

SANDARAN YANG KETIGA
AQSA SYARIF sendiri mengatakan kita tidak memboikot company/ produk US tapi kita boikot mereka yg jelas menyumbang pd Israel. Umpamanya McD kita boikot sbb JELAS menyumbang pd negara haram Israel.

FB Aqsa Syarif: https://www.facebook.com/aqsa.syarif

SANDARAN YANG KEEMPAT
Shaklee tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.

http://www.inminds.com/
http://www.inminds.co.uk/

SANDARAN YANG KELIMA
Pengakuan Roger Barnett sendiri & company statement sebelum ini mengatakan Shaklee tidak menyokong keganasan, tidak terlibat dgn politik dan TIDAK MENYUMBANG PADA ISRAEL ZIONIS.

Video pengakuan Roger Barnett:http://www.youtube.com/watch?v=Fkg9WKBwpOs&feature=share





SANDARAN YANG KEENAM
Petunjuk drp Allah melalui solat hajat, istikharah, doa & keberserahan yg TOTAL kpd Allah SWT & hanya kepada Allah SWT. Allah jua sebaik2 penunjuk jalan.

Semoga Allah tuntun kita di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Amin. InsyaAllah. 





4 comments:

Sylarius Yusof said...

Soal boikot ni, first yang kita kena faham adalah beza antara fahaman Zionis dan kaum Yahudi. Tak semestinya, asal Yahudi je terus cop Zionis.

Ada je Yahudi yang menentang Zionis, macam Avram Noam Chomsky. Seorang pengkritik tegar dasar-dasar yang menyokong Zionism.

Kalau kita boikot atas dasar perkauman dengan memboikot produk secara membabi buta, so kita ni macam takda beza la dengan para pendokong Zionis yang terang-terangan racist menindas penduduk Palestin.

anajingga said...

salam syawal , nak boikot perlu ada ilmu dan kaji dahulu,bukan ikut emosi..sehingga menganiaya orang lain...keyboard warior ni mmg tak boleh terima komen2 mereka, manaip ikut emosi dan mereka sahajalah yg betul tak kiralah kritikan hiburan,politik atau apa2 isu..salam ukhwhah..:)

aishah nin said...

thanks for the sharing n response :)

Hana Syed said...

kan.. well said adik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE