Tuesday, 31 December 2013

Excited!! Menghadiri Seminar Dunia Usahawan 2014 Dr. Azizan Osman!!

Selamat malam semua... Nampaknya 2013 makin meninggalkan kita. Begitu pantas waktu berlalu.. Malam ni Aishah nak berkongsi serba sedikit pengalaman menghadiri Seminar Dunia Usahawan Dr. Azizan Osman di Berjaya Waterfront Hotel (The Zon) Johor Bahru pada Ahad lepas 29 Disember 2013. Pendaftaran percuma pulak tu jika anda mendaftar 3 orang! Sangat berbaloi! Really excited!


Credit : Alumni atau bakal Alumni Program Dr. Azizan Osman

Sebelum ni nampak DAO di kaca tv dan di dada-dada akhbar tapi bila nampak secara live memang terpancut2 aura positif...hihi

Aishah, Kak Yatie, Fyda n Kak Fyqa 6.30 pagi da terpacak depan hotel. Al-maklumlah seminar ni free mesti ramai oranggggg! Samapi di hotel kami terus isi borang untuk daftar dan diberi buku percuma dari DAO. Then terus ke dewan.. Memang tepat sangkaan Aishah bila kitorang sampai je line up da panjang...hihi

Muka bersemangat. Pukul 9 pagi baru boleh masuk dewan

Kami terpaksa beratur sebelum pintu dewan buka. Serius! Memang ramai sungguh yang datang. Tak kira lelaki atau perempuan. Ynag mana first time baru datag macam Aishah ni memang lah tersangat excited dan teruja. Tangan pun sejuk macam ais...haha

Yeah..!!! Dapat buku free dari DAO..hihi

Sempat berposing lagi...hihi

Pukul 9 pagi baru kami dibenarkan masuk ke dewan. Yang buat Aishah terkejut semua berlari untuk berebut seat di depan stage. Masing-masing berlari macam nak masuk Olympic...hihi... Aishah pun apa lagi terjoin sekali berlari...hahaha

Sebelum acara bermula tampil host untuk memulakan seminar. Yang ni part paling best.. Kami diajak berjoget! Memang terbaik! Habis segala tangan dan kaki berayun.. Waahhh..!!! Really enjoy it!

Masing-masing teruja nak tunggu DAO keluar..hihi
Tepat pukul 9.30 pagi, Dato Azizan Osma pun muncul. Semua hadirin berdiri dan bersorak. Masa tu Aishah memang gembira dan teruja sangat. Nampak secara dekat dan live. Rasa nak gugur jantung ni. Mana taknya Usahawan dan Jutawan berjaya depan mata. Lagi-lagi anak Melayu kita... Really impress!!

Memang banyak tips-tips yang diajar DAO. Kata-kata yang paling menusuk dari DAO "The more you learn, they more you earn".

Tengah khusyuk menulis tips dari DAO..hihi

Business is not about the selling but sharing! Ohhh, baru kini ku sedar. Memang tak rusi pergi seminar ni. DAO teka kan kita bangsa Melayu sangat rugi jika membiarka bangsa lain mempelopori dunia biEsness sedangkan Nabi Muhammad saw pu telah berniaga sejak usia baginda berusia 12 tahu lagi.

Di situ da nampak 9/10 dari punca rezeki adalah dari perniaggan. Tapi nak berniaga mestilah anda ILMU, SISTEM YANG BETUL dan MENTOR. Di seminar Usahawa ni la DAO berkongsi mengenai ILMU dalam BERBISNESS dan macam2 lagi... Rasa berbaloi bangun pagi-pagi untuk kutip segala ilmu dari DAO..hihi

Walaupun seminar habis pukul 1.00 petang. Pengisian yang diberikan oleh DAO sangat berbaloi dan tak terbalas. Untuk yang ingin tahu lebih lajut mengenai program atau seminar yang akan diadakan boleh lawati laman ini

Bagi yang mengikuti Advanced Marketing Power di Mines Convention Centre pada 17-19 Jan 2014 jumpa anda di sana!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam sayang,
Aishah Nin



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE