Monday, 12 August 2013

Kolestrol Mungkin Menjadi Teman Akrab Anda!!! Bersediakah Anda???

Pastinya Syawal ini banyak yang mengeluh berat badan semakin naik... Bulan puasa kurus bila Syawal berat terlebih pulak... Macam mane tu? ^_^

Tahukah anda semua? Makanan pada Hari Raya banyak mengandungi kolestrol seperti minyak, gula, lemak dan sebagainya. Ini semua mengundang kepada kolestrol dan lemak yang akan bermaharajalela dalm badan kita semua.

Apa itu kolestrol?

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.


Kolesterol datang dari dua sumber : badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.

Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.



Saranan dari Pakar

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol?

Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

Ciri-Ciri Kolestrol Tinggi

1) Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu
Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

2) Cepat Mengantuk
Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol. 

3) Kesemutan 
Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang. 

4) Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi. 

5) Mudah Letih
Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

6) Sering Sakit Kepala
Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

7) Kaki Bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.

Vitamin apakah yang sesuai untuk mencegah paras kolesterol yg tinggi  ini?

Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.

Carotomax, Vita-C dan Vita-E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.

Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung.

Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam sayang,
Aishah Nin
Call/Sms/WhatssApp : 012-7564158



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE