Sunday, 30 June 2013

PCOS Punca GAGAL HAMIL..!! Atasi Dengan Pengambilan Vitamin Yang Sesuai...

Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua pembaca setia Supplement Super Sihat. Da beberapa hari ni Aishah busy dengan closing day Shaklee.. Alhamdulillah, malam ni diberi kesempatan masa untuk menulis blog...heee

Lumrah bagi pasangan yg telah mendirikan rumahtangga pastinya inginkan "zuriat" sebagai penyambung kasih sayang dan keturunan. Tapi bagi sesetangah pasangan tidak kira sama ada suami atau isteri akan mengalami hal yg menyebabkan "ketidaksuburan" dan salah satudarinya adalah PCOS. Apakah itu PCOS..?? Jom baca selanjutnya.. Info ni Aishah dapat di sini.

Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome- PCOS) merupakan gangguan hormon paling tinggi di kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

Antara ciri utama PCOS adalah :-

(i) Pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan

(ii) Peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca. 

(iii) Ovari polisistik di mana terdapat lebih daripada 12 folikel yang bersaiz antara 2 mm hingga 9 mm dan saiz ovari pula lebih daripada 10 sm.

PCOS dikenal juga sebagai Sindrom Stein-Leventhal iaitu masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak banyak yang diperkatakan tentang hal ini.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus wanita yang berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Gejala PCOS

"Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain,'' kata Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain.

Beliau merupakan Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik dan Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

Menurut Dr. Nik Hazlina, antara yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness). Sindrom ini juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat penyakit diabetes melitus, peningkatan aras kolesterol darah dan juga hipertensi.

Akhirnya, masalah ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau dikenal juga sebagai penyakit kardiovaskular.

Klasifikasi

Tambah Dr. Nik Hazlina, terdapat beberapa klasifikasi bagi mendiagnosis sindrom ini. Pada 2003, pakar-pakar dari Amerika dan Eropah bersepakat menyatakan bahawa PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri berikut iaitu :-

(i) Masalah pengovulan, iaitu tempoh kitaran haid yang lama (contohnya kedatangan haid yang tidak tetap, setiap 2 - 3 bulan), tempoh perdarahan yang lama dan perdarahan yang sedikit.

(ii) Bukti terdapat kadar hormon lelaki, androgen yang tinggi (sama ada secara kadar biokimia atau secara manifestasi klinikal), iaitu hirsutisme (terdapat bulu tumbuh pada kawasan yang khusus untuk lelaki seperti misai dan janggut), jerawat, kulit yang lebih gelap pada bahagian lipatan (bahagian leher, celah ketiak dan celah paha) dan juga botak di bahagian depan kepala.

(iii) Pemeriksaan imbasan ultrabunyi melalui faraj menunjukkan terdapat banyak folikel yang kecil dan tidak membesar secukupnya untuk mengeluarkan ovum dalam proses pengovulan. Klasifikasi yang disebutkan ini juga dikenal sebagai klasifikasi Rotterdam.

Kesuburan

Lebih kurang 80 peratus daripada penghidap PCOS mengalami masalah ketidaksuburan atau dikenal juga sebagai mandul (infertiliti).
Tambah Dr. Nik Hazlina, masalah ketidaksuburan memberikan impak fizikal dan sosial kepada pasangan yang mengalaminya, khususnya pihak isteri. Keadaan itu boleh menyebabkan tekanan perasaan, tidak dapat menerima hakikat kekurangan diri, berasa rendah diri, mudah berasa diri dipinggirkan dan suka bersendirian atau memencilkan diri.
"Pada masa ini, terdapat pelbagai kaedah rawatan ketidaksuburan bagi pesakit yang menghidap penyakit ini. Terdapat beberapa faktor mempengaruhi pilihan rawatan yang akan digunakan. Kaedah rawatan yang dipilih biasanya di atas persetujuan pesakit," ujarnya.

Vitamin yang dicadangkan untuk mengatas masalah ini adalah SET KESIHATAN KELUARGA.





ESP adalah protein. Sel kita terbina dari protein, dan memang kita boleh dapatkan protein dari ikan, daging, telur dan ayam serta sumber kekacang namun tanpa kita sedari keperluan protein adalah sangat tinggi untuk pembentukan sel dalam tubuh kita dan kekangan yang kita hadapi juga tinggi. Iaitu protein hanya hidup pada suhu lebih kurang 37 darjah celcius yang bersamaan dengan suhu badan kita. Lebih dari itu protein mudah rosak dan kandungan asid amino mudah terjejas.

Maka pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protein sebenarnya Sel yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protein. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum. Maka kita akan lebih sihat dan merasakan nikmat kesihatan yang sebenar. Ramai yang amalkan ESP mengakui keberkesanan pengambilan vitamin2 lain.

Tips :- Bagaimana nak bancuh ESP untuk seisi keluarga : Buatkan air milo suam atau jus oren/ manggo dalam satu jug, maka tambahkan 2-3 sudu ESP ke dalam minuman tersebut dan boleh dinikmati seluruh keluarga sewaktu bersarapan.


Tanpa zat besi secukupnya kita boleh menghadapi kekurangan sel darah dan tekanan darah rendah (HB low). Maka pengambilan multivitamin tidak boleh dipandang rendah. Dalam Vita-Lea, terdapat 12 jenis vitamin dan 7 galian yang sangat penting dan diperlukan oleh badan.

Tips :- Untuk beri pada anak umur 6 tahun dan ke atas : Bagi yang boleh telan tidak menjadi masalah tetapi bagaimana nak bantu mereka yang tak boleh nak telan? Hanya bancuhkan bersama dengan minuman seperti milo O (tanpa susu) atau apa2 jus buah-buahan. Dalam masa 5-7 minit kacau air tersebut dan berikan anak anda minum dan mereka akan mendapat khasiat Vita-Lea Shaklee dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga boleh menyediakan Chewable Vita-Lea Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.    


Kenapa ramai kita mudah letih, mudah marah, mudah rasa cemburu, mudah melenting dan muka nampak tua dari umur? Ini kerana B-Complex dalam tubuh tidak mencukupi dan vitamin B mudah musnah bila kita terdedah dengan panas, emosi yang tidak stabil , pengambilan pil perancang, merokok dan keletihan melampau. Maka B-Complex sangat penting dan bagus diambil selepas sarapan supaya kita dapat mulakan mood kita seharian dengan senyuman dan hati yang tenang.

Tips :- Untuk makan seisi keluarga : Sediakan B-Complex dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas.
VITAMIN C
Jika anda mampu untuk makan 3-4 jenis potongan buah setiap hari, insyaALLAH anda berusaha memastikan keperluan vitamin C dalam tubuh anda sentiasa terjamin. Namun tahukah kita bahawa apabila kita terlalu keletihan, terdedah dengan panas, asap kereta asap rokok, emosi yang tidak stabil seperti mudah marah dan melenting akan menyebabkan banyak vitamin C yang sedia ada dalam badan termusnah begitu sahaja?

Ini kerana Vitamin C dan vitamin B Complex adalah vitamin yang Fragile dan ini bermakna dua vitamin ini mudah rosak. Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan.

Tips :- Untuk makan seisi keluarga : Sediakan Vitamin C dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas. Anda juga boleh menyediakan Chewable Vitamin C Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.

Bagi yang mempunyai bajet lebih, boleh add on GLA COMPLEX



Kelebihan GLA Complex

#Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
#Membantu meningkatkan kesuburan
#Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
#Membantu dalam menangani menopus
#Menguatkan kuku dan rambut
#Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
#Membantu menangani ekzema 
#Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
#Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
#Menguatkan imuniti tubuh
#Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
#Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
#Mengawal kencing manis dan darah tinggi
#Mengawal kolesterol
#Untuk fungsi saraf
#Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin 
#Mampu mengecutkan cyst


Aishah harap entri kali ini membantu para isteri di luar sana yg ingin mempunyai cahaya mata.. Insyaallah niat yang baik sentiasa dipermudahkan dan kita sebagai manusia digalakkan berusaha sedaya upaya.. InsyaALLAH.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam sayang,
Aishah Nin
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852748
WhatssApp : 012-7564158
Sms : 013-7190406 
Email : aishahz_88@yahoo.com.my





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE