Friday, 17 May 2013

Masalah Nafas Berbau...Tak Yakin Berhadapan dengan Khalayak Ramai...Buntu???

Assalamualaikum kepada pembaca setia Supplement Super Sihat. Topik hari nih masalah nafas berbau...mungkin kita ada kawan yg mengalami masalah ni kan?? Nak cakap dengan dia takut kecik hati TAPI....jangan risau kalau anda malu atau segan apa kata anda hadiahkan dia dengan Alfalfa Complex... 

Topik kali ni bukan la untuk mengaibkan sesiapa tapi untuk mengetahui punca kepada masalah ini dan yn penting jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Insyaallah.

Ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa nak dibuat untuk menghilangkannya. Kebanyakkannya merasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang terasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang. Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak?



1) Bakteria
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut.  ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds-VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi , di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan pada lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.Apabila anda mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda akan menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil anda dan melekat disitu (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.

Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.

2) Mulut Kering Kerana Kekurangan Air Liur
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi.  Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara     tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur.
Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.

Produk Shaklee ada menawarkan produk untuk mereka yg bermasalah nafas berbau.



 Digelar " Raja Segala Tumbuhan"

 Shaklee hanya memilih Alfalfa terbaik yg tumbuh sbur di California.


 Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur akar yang unik di mana ia boleh menyerap pelbagai zat galian, vitamin dan lapan jenis asid amino.

 Alfalfa amat kaya dengan metionin, vitamin A, C, D dan K. Vitamin K amat diperlukan oleh hati bagi menghasilkan protrombin iaitu satu bahan yang penting untuk pembekuan darah yang sewajarnya. 

 Alfalfa dikenali sebagai TUMBUHAN yang PALING BERAKALI DI DUNIA dan KEALKALIANNYA berupaya membantu MENEUTRALKAN ASID TOKSIK dalamSISTEM TUBUH BADAN MANUSIA.

 Melalui kajian yang dilakukan ke atas klorofil cecair, ia berupaya memberi manfaat untuk JANTUNG,MENGHILANGKAN NAFAS BERBAU, MENINGKATKAN SEL DARAH MERAH, MERINGANKAN MASALAH SENGAL dan SENDI, bagus untuk ULSER MULUT dan PERUT, mengurangkan masalah SEMBELIT, mengekalkan aliran darah dan sebagainya.


Punca Kekurangan Air Liur
  • Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather) : angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
  • Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
  • Berpuasa : mengurangkan perembesan air liur
  • Pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc : kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
  • Pengambilan minuman alkohol : mengeringkan mulut
  • Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol : mengeringkan mulut
  • Kekurangan air dalam badan (dehydration) : mengurangkan pengaliran air liur
  • Stress : mengurangkan pengaliran air liur
Jadi, pastikan anda menjaga kebersihan mulut anda. Gosok gigi selepas makan. Buat rawatan gigi 6 bulan sekali. Berkumur-kumur...hihihi


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sayang,
Aishah Nin
Shaklee Independent Distributor
WhatssApp : 012-7564158
Email : aishahz_88@yahoo.com.my





3 comments:

Dr Akbar Abdullah said...


Artikel yang menarik mengenai halitosis atau nafas berbau. Sebenarnya masalah nafas berbau ini boleh diatasi sekiranya kita tahu caranya. Antara yang mudah ialah kita harus menjaga kebersihan gigi, gusi dan mulut. Namun ada juga masalah nafas berbau yang harus mendapat perhatian doktor seperti yang disebabkan oleh resdung atau sinusitis. Pengambilan supplement sebenarnya dapat juga membantu untuk mengatasi masalah ini.

Bunga said...

Sy mngalamai mslh halitosis sejak dr kecil..pelbagai cara sy dah cuba..sy dah jumpa ent,dentist n sy juga ada buat urea breath test..semuanya nampak baik..tetapi mslh ni msh xhilang..utk makluman,sy slalu rasa ada kahak pekat dlm tekak n hidung..n smpai m'ggu pnafasan sy n mnyebabkn batuk..mgkin post nasal drip..hmmmm

Bunga said...

Sy mngalamai mslh halitosis sejak dr kecil..pelbagai cara sy dah cuba..sy dah jumpa ent,dentist n sy juga ada buat urea breath test..semuanya nampak baik..tetapi mslh ni msh xhilang..utk makluman,sy slalu rasa ada kahak pekat dlm tekak n hidung..n smpai m'ggu pnafasan sy n mnyebabkn batuk..mgkin post nasal drip..hmmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE