Monday, 20 May 2013

Bahaya Produk Dari Sumber GMO...Apakah Itu...???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni Aishah nak berkongsi tentang bahaya produk GMO.. Apa tu GMO? GMO ialah Genetically Modified Organism bermaksud makanan/organism/haiwan yg diubah genetiknya dari keadaan asal. Jom baca selanjutnya dengan lebih jelas. Info ni Aishah dapat disini.

GMO adalah makhluk hidup yang telah dipertingkatkan kemampuan genetik melalui kejuruteraan genetik. Secara mudah dapat kita fahami bahawa dengan kejuruteraan genetik, "bahagian-bahagian" makhluk hidup "dibuah", disesuaikan, sehingga menjadi lebih unggul, seperti tahan hama, tahan penyakit, dan lebih banyak menghasilkan tuai, atau menambah "gemuk" haiwan ternak.


Sebagai contoh, tanaman jagung yang mudah diserang hama, melalui kejuruteraan genetik, dapat di "silangkan" dengan jenis bakteria yang boleh "melawan" hama tersebut, sehingga jadi lah tanaman jagung type baru yang tahan hama.

Salah satu ancaman yang menyeluruh terhadap kemanusiaan adalah me modifikasi sumber makanan kita, dan salah satu alasan mengapa hal itu di benarkan berlaku, adalah kerana kita terlalu jauh dari sumber-sumber makanan kita.

Anak-anak sekarang bahkan tidak menyedari berasal dari mana daging dan susu yang sering mereka makan, misalnya mereka tidak pernah menjejakkan kaki di sebuah ladang atau di ladang pertanian .., tidak pernah terpikirkan bagaimana sumber-sumber makanan tersebut di produksi.

Risiko GMO

Sebagai tambahan wawasan, untuk mendapatkan maklumat mendalam bahaya makanan GMO, sangat di sarankan membaca buku Jeffrey Smith, Seeds of Deception dan Genetik Roulette:
  • Menurut dokumentasi dr smith, sekurang-kurangnya 65 risiko kesihatan yang serius kesan dari mengambil produk GMO, yang di jabarkan sbb:
  • Keturunan tikus diberi makan soya transgenik menunjukkan peningkatan lima kali ganda risiko kematian, bayi yang di lahirkan tidak cukup berat badan, ketidakmampuan membiak
  • Tikus jantan yang diberi makan soya Transgenik, mengalami kerosakan sel-sel sperma muda
  • Dapat merubah Fungsi DNA dari Embrio Tikus yang di berikan makan Kedele Transgenik (GMO)
  • Beberapa petani di AS telah melaporkan masalah kemandulan atau kesuburan antara babi dan lembu yang diberi makan Varietas Jagung GMO
  • Penyiasat di India telah mendokumentasikan masalah kesuburan, aborsi, kelahiran prematur, dan masalah kesihatan yang serius, termasuk kematian, di antara kerbau yang diberi makan biji kapas GMO.
  • Haiwan yang mengambil makanan GMO mengalami pendarahan perut, berpotensi bertumbuhnya sel pra-kanser, kerosakan organ dan sistem kekebalan tubuh, keradangan ginjal, masalah dengan darah, sel hati, dan kematian yang tidak dapat dijelaskan.
  • Alergi terhadap kacang soya telah meningkat selepas pengenalan cara menanam dengan kaedah GMO / Kedelai Transgenik
  • Gen dari tanaman GMO men transfer bakteria usus manusia, yang mungkin akan mengubah flora usus anda menjadi "hidup seperti kilang racun perosak"


Tidak seorang pun yang mengetahui sepenuhnya apa yang terjadi pada produk akhir ketika anda menyambung gen baru (proses Mutasi Genetik tsb) dan kemudian mengambil produk hasil mutasi tersebut selama beberapa generasi. Satu-satunya hal yang dijanjikan adalah bahawa hal itu akan mencipta kesan sampingan yang mengejutkan.

Namun, menurut kajian Smith, apa yang kita tahu adalah bahawa antara tahun 1994 dan 2001 - masa yang sama dengan produk GMO 's membanjiri pasaran - penyakit yang berkaitan dengan makanan meningkat dua kali ganda.

Produk Hasil GMO boleh menyebabkan

• alergis
• Toxic
• karsinogen / potensi kanser
• Anti-gizi

Mungkin juga mencipta penyakit-penyakit baru yang belum pernah kita lihat sebelumnya, selain dapat memacu peningkatan beberapa penyakit yang sudah kita miliki, seperti kanser.

Tips Menghindari Makanan GMO

Seperti dinyatakan oleh Smith, ada beberapa cara untuk Menghindari makanan GMO:

Hanya membeli bahan makanan yang Organik
Hanya membeli produk-produk yang menunjukkan label Non GMO
Cari maklumat sebanyak-banyaknya pengeluar yang membekalkan makanan yang sangat berpotensi GMO sebelum anda mengambil atau menggunakanya seperti

  • Soya
  • Jagung
  • Kapas
  • Canola



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE