Saturday, 30 March 2013

Punca Keguguran Rambut

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca tegar Supplement Super Sihat...hihi...Wah!!Hari ni dan esok Jom Heboh di Plaza Angsana Johor Bahru..Aishah xpegi la sebab tak tahan dgn cuaca panas ddk rmh update blog lg best...hihi

Hari ni Aishah nak kongsi topik yg agak serius di kalangan lelaki dan wanita. Msalah keguguran rambut yg mungkin anda alami. Fuhhh!!kalau setiap hari bergulung2 rambut gugur bole botak dibuatnye...Lagi2 bila kita sikat rambut mulalah berkumpul rambut kat sikat...kalau setakat 2 3 helai xpe ni bergulung2...Aishah nak kongsikan serba sedikit tentang punca keguguran rambut....



Pada kebiasaan keguguran berlaku disebabkan oleh faktor keturunan pada peringkat remaja, lingkungan 20-an atau 30-an. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila mereka mencecah usia 40-an.

Bagi setiap individu, hampir 90 peratus rambut di kulit kepala akan terus berada dalam fasa pertumbuhan, manakala bakinya di kulit kepala akan berada dalam fasa rehat.

Fasa pertumbuhan ini berlanjutan dalam tempoh antara dua hingga enam tahun. Bagaimanapun, rambut akan gugur pada penghujung fasa rehat.

Pertumbuhan rambut yang normal perlu melalui tiga peringkat iaitu:

1) Fasa pertumbuhan
2) Fasa berehat
3) Fasa gugur

 Bagaimanapun, kadar pertumbuhan rambut seseorang dipengaruhi oleh faktor usia. Semakin meningkat umur seseorang, semakin perlahan fasa pertumbuhan rambut mereka.

Jenis-jenis Masalah Keguguran Rambut

* Androgenetik alopesia
Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness).

Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:
1) testosteron - (hormon lelaki).
2) usia - selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
3) keturunan - biasanya berlaku lebih kerap dikalangan lelaki berbanding wanita.

Rawatan agak sukar dan mahal, namun mereka yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan berjumpa pakar yang arif untuk merawat penyakit ini. Ini kerana terdapat ubat-ubatan yang disahkan berkesan penggunaannya. Sebaik-baiknya, elak menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesannya.

Jenis-jenis Rambut Gugur

* Alopesia areata
Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

* Telogen effluvium
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.

Punca-punca Keguguran Rambut yg Serius.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.

Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  
* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Aishah harap entri kali ni dapat memberi serba sedikit tentang punca dan masalah rambut gugur nih...Sayangilah rambut anda kerana ia mahkota hiasan yg cukup indah...Next entri Aishah akan kongsikan cadangan supplement Shaklee utk penjagaan rambut...Peace!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam sayang,
Aishah Nin
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852748
Mobile : 013-7190406
Email : aishahz_88@yahoo.com.my





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE