Sunday, 17 February 2013

Petua Menguruskan Stress

Salam hujung minggu kepada pembaca2 setia blog Aishah Nin....hujung minggu cmni mesti u olls sume busy kemas rmh,ngelap,basuh baju,nyapu n mcm2 lg keje yg nak wat....Almaklum la esok da ISNIN masing2 sibuk bekerja takot xsempat nak buat semua keja rmh...

Tapi jgn STRESS2 ye u olls....wat keje dgn fikiran tenang n hati yg hepi baru lah keje tu seronok kite lakukan...hihi...Hari ni Aishah nak kongsi tips cmne kite nak uruskan STRESS. Setiap manusia yg ade di bumi Allah ni xterlepas dri mengalami STRESS...Budak2 pun alami STRESS apatah lg kite yg dewasa ni...kan??? Tips di bawah ni bole di apply lau u olls rase u olls dalam keadaan STRESS ^_____*

1. Tidur Sejenak


~ Tidur sejenak selama 30 hinggan 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang ternama yg memanfaatkan tidur siang utk menangani STRESS termasuklah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dall. 

2. Berurut


~ Berurut boleh membantu melancarkan peredaran darah dan urat yg tegang. Dapatkan mereka yg mahir dan bertauliah dlm teknik pengurutan. Selepas berurut anda akan merasa kelegaan pada tubuh badan anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik

~ Jadilah org yg kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar melikis, mengambil gambar, menulis puisi ataupun menyanyi.

4. Kerap ketawa


~ Cara ni bukan rahsia lagi. ketawa bole menyebabkan STRESS yg ada menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yg menyenangkan pada wajah anda.

5. Hobi

~ Lakukan sesuatu yg amat anda minat. Jadikan ia hobi sama ada berenang, atau membaca buku. Ia mampu memicu kadar endorfin yg membuatkan anda rasa hebat dan ceria.

6. Coklat


~ Pengambilan 40gram coklat gelap (dark chocolate) setiap hari selama 2 minggu dipercayai membantu individu dewasa dalam menghadapi tekanan dgn lebih baik. Para saintis percaya coklat memberikan kadar antioksida yg membantu mengimbangkan kimia dalam tubuh.

7. Ingat perkara baik

~ Individu yg memulakan hari mereka dgn mengingatkan sesuatu perkara yg baik bakal menjalani hari yg lebih baik. Bahkan, apabila masalah melanda mereka mampu mengawal keadaan dgn lebih tenang.

8. Berdiri tegak

~ Kurangkan STRESS dengan cara berdiri dan berjalan yg betul iaitu secara tegak dan tidak membongkok. Menurut Dr Adam Galinsky, Professor dari Kellogg School of Management, Amerika Syarikat, ia akan menurunkan kadar hormon STRESS dlm tubuh.

9. Menonton rancangan komedi


~ Ambil masa menonton rancangan komedi. Ketahuilah ketawa akan merangsang mood anda menjadi sangat baik.


Aishah harap PETUA2 di atas dapat membantu anda2 yg mungkin berada salam keadaan STRESS...ape pun mendekatkan diri kepada MAHA PENCIPTA jgn dilupakan ye....peace!!!

Sumber : KOSMO
Isnin, 11 Februari 2013

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam sayang,
Aishah Nin
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852748
Mobile : 013-7190406









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE