Tuesday, 6 November 2012

Tips Ketika Hamil

Assalamualaikum wbt...hari ni Aishah nak berkongsi sedikit tips kepada bakal2 preggy mummy....Boleh diamalkan kepada bakal-bakal ibu di luar sana ye. Insyaallah,amin.
 
Mulakan dengan "Bismillah Hir Rahman Nir Rahim"
"Allahuma Soli alla saidina Muhammad Waala Ali Saidina Muhammad"
Baca sekurang kurangnya sekali atau 10 kali atau 100 kali sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah yang terbaik ini.
 
 
Asma' 14
AL-MUSAWWIR (Maha memberi rupabentuk)
Memperolehi anak cantik
Berpuasa selama 7 hari berturut-turut dan membaca Ya Musawwir beberapa kali selepas solat Asar ketika duduk di tikar sembahyang. Kemudian baca Al-Fatihah dan hembus ke dlm gelas yang airnya diminum ketika berbuka.
Bersalin dgn selamat
Berpuasa selama 7 hari dan membaca 3 Asma ul Husna "Ya Khaliq Ya Bari' Ya Musawwir" 21 kali dan hembuskan ke dlm gelas berisi air yg akan diminum ketika berbuka. Insya Allah dia akan bersalin dgn selamat.
Asma' 42
AL-JALIL (Maha Luhur)
Wanita Hamil
Jika anda hamil baca Ya Jalil 21 kali sehari agar anda dan bayi yang anda kandung sihat walafiat. Insya Allah, anda tidak akan mengalami masalah besar.
Asma' 44
AR-RAQIB (Maha Mengawasi)
Menghindari keguguran
Jika anda bimbang janin atau anak yand dikandung akan gugur, baca Ya Raqib 7 kali, insya Allah ia akan selamat.
Asma' 59
AL-MUBDI' (Maha Memulai)
Menghindari keguguran
Baca Ya Mubdi' 99 kali dan hembus kepada wanita yg hamil atau letak tangan anda diperutnya ketika membaca, insya Allah tidak akan berlaku keguguran.
Asma' 85
ZUL JALALI WAL IKRAM (Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan)
Ketika Hamil
Agar selamat dan tidak sakit ketika hamil, bacalah Ya Zul Jalali Wal Ikram 11 kali sehari. Hembus ke dalam air dan minum. Insya Allah anda akan melahirkan dgn mudah dan selamat.
 
 "SHARING IS CARING"
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Salam sayang,
Aishah Nin
Shaklee Independent Distributor
Mobile : 013-7190406

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PESANAN

Copyright© www.aishahnin.com . design by : UMIESUE